Ini laman rasmi kelab 4x4..sila lawati aktiviti dan hubungi kami S/U.PUAN MIMI - 019-9791125 @ 014-8257566, Tim S/U EN.SHAM - 013-2513617 @ E-mail; squad4x4adventureteamkel@yahoo.com.

Thursday, November 3, 2011

SQUAD 4X4 ADVENTURE TEAM bersama KELAB@TV di POS CHECK ROCK

Jam 8 pagi di Kota Bharu kami berkumpul untuk memulakan konvoi sebanyak 15 buah keenderaan 4x4 dan jam 9 pagi konvoi kami bertolak menuju Bandar Gua Musang.Bagi melancarkan perjalanan konvoi kami di iringi pasukan PDRM dari tempat pelepasan hingga ke Gua Musang,konvoi kami sampai ke Bandar Gua Musang dengan selamatnya lebih kurang jam 12.30 tengah hari.walaupun ada beberapa kenderaan yang mengalami sedikit kerosakan tapi semuanya dapat diselesaikan segera dengan bantuan mekenik kelab.



Dibandar Gua Musang konvoi kami bergabung dengan ahli kelab kami yang sedia menunggu untuk bersama menjadikan jumlah kenderaan berjumlah 24 buah 4x4 dan disini juga kami bergabong dengan rakan-rakan dari Kuala Lumpur iaitu krew dari Kelab@TV dan juga Zahid Af sebagai penacara progrem.




Sebelum konvoi bergerak menuju kelokasi pendalaman iaitu Pos Check Rock kami mengadakan sedikit taklimat memandangkan laluan jalan yang agak sukar dan keadaan jalan yang licin dan berselut.Dsini apa yang penting adalah kerjasama dan semangat setia kawan dalam menghadapi segala keadaan.Taklimat diberi oleh SQD 14 dan SQD 02 doa selamat dibaca oleh SQD 20.


Antara peserta Konvoi semasa taklimat.

























































No comments:

Post a Comment