Ini laman rasmi kelab 4x4..sila lawati aktiviti dan hubungi kami S/U.PUAN MIMI - 019-9791125 @ 014-8257566, Tim S/U EN.SHAM - 013-2513617 @ E-mail; squad4x4adventureteamkel@yahoo.com.

LAMAN UTAMA

 KELAB RAKAN KEMBARA SKUAD 4X4 KELANTAN
(SQUAD 4X4 ADVENTURE TEAM)


PERUTUSAN YANG DIPERTUA KELAB


Assalamualaikum

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat illahi kerana atas limpah kurnianya, KELAB RAKAN KEMBARA SKUAD 4X4 KELANTAN (SQUAD 4X4 ADVENTURE TEAM) berjaya ditubuhkan.

Saya ingin mengambil peluang yang diberi untuk mengucapkan tahniah kepada semua ahli terutamanya Ahli Jawatankuasa Squad 4x4 yang telah bertungkus lumus berusaha dalam menghadapi pahit maung untuk membawa suatu kejayaan kepada kelab.

Alhamdulillah, disebalik kesibukkan kita semua dalam melaksanakan tugasan masing-masing, kita masih lagi mampu menggerakkan kelab ini berdiri bersama-sama dengan kelab lain. Ini membuktikan kita mampu maju kehadapan.

Saya difahamkan bahawa prestasi kelab semakin berkembang dan  dikenali di seluruh Malaysia hasil daripada aktiviti dan program yang dijalankan. Selain itu, penambahan ahli semakin bertambah dari semasa ke semasa kerana masih ramai rakan-rakan yang diluar sana berminat dengan aktiviti lasak pacuan empat roda.

Selain aktiviti lasak dan mencabar, tumpuan juga diberi kepada program-program yang memberi faedah dan kemudahan kepada ahli sejajar dengan matlamat sebenar penubuhan ini.

Akhir kata, saya berharap sokongan dari pihak tuan puan tidak akan pudar demi kemajuan kita bersama dan juga kelab ini.

Sekian. Wassalam
MOHD MAZNIHAN BIN YUSOF


KELAB RAKAN KEMBARA SKUAD  4X4 KELANTAN
(SQUAD 4X4 ADVENTURE TEAM)

TUJUAN

  1. Menyatukan individu-individu yang berminat untuk menjalankan aktiviti lasak dan mencabar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
  2. Memupuk semangat kesefahaman serta setiakawan dalam setiap program yang diadakan seperti perkhemahan, merentas hutan, konvoi dan aktiviti-aktiviti lasak.
  3. Meningkatkan pengetahuan ahli dalam pemanduan kenderaan secara konvoi, pandu arah di dalam hutan serta penggunaan peralatan perkhemahan seperti kompas, peta dan 'Ground Positioning Satelite' GPS disamping mencetuskan idea-idea kreatif bagi setiap ahli.
  4. Memberi bantuan kemanusiaan dan kerja-kerja amal kepada mangsa banjir, program bersama anak yatim dan sebagainya.
  5. Membantu pihak-pihak tertentu dalam mempromosikan negara ke peringkat dunia.

KEAHLIAN

  1. Keahlian adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang tinggal di Kelantan tanpa mengira jantina, kaum, agama dan bangsa yang telah mencapai umur 18 tahun keatas. bilangan ahli tidak terhad.                                                                     
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicara menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  3. Tiap-tiap pemohon yang memohonnya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli kelab dan berhaklah ia sebagai ahli.
  4. Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Kelab ini kecuali ia dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
  • Ahli biasa     -  Terbuka kepada individu yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda.
  • Ahli bersekutu    -  Terbuka kepada individu yang berminat dengan tujuan kelab ini.




BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN



  • Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut : 
                                                 Ahli biasa           Ahli bersekutu

          YURAN MASUK :         RM  150.00             RM 100.00
          YURAN TAHUNAN:     RM     50.00             RM   50.00

  1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 2 bulan dari awal tiap-tiap tahun.
  2. ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 3 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh wakil bendahari, dan hilanglah hak-hak istimewanya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.
  3. ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi 1 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli kelab dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.
  4. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  5. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang bayaran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.


PEMBERHENTIAN  DAN PEMECATAN AHLI



  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Kelab, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya .
  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab  atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggatungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggatungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.